2014年10月15日星期三

Adat Istiadat Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina

Pengenalan :
           Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Menurut laporan 2010, jumlah penduduk Malaysia dijangka sebanyak 28.2 juta orang. Kaum Melayu adalah kaum yang paling ramai, iaitu 66.7 peratus, diikuti kaum Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus. Kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.
Di negara Malaysia, terdapat pelbagai kebudayaan dan tradisi yang diamalkan oleh setiap kaum. Begitu juga dengan masyarakat Cina yang dilengkapi dengan pelbagai tradisi yang unik. Masyarakat Cina merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia. Antara tradisi masyarakat Cina yang dikekalkan sehingga hari ini ialah perkahwinan.
Perkahwinan adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Dalam masyarakat Cina, perkahwinan merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Cina, konsep penceraian tidak digalakkan. Perkahwinan ini akan dirancang sebaik-baiknya dan dijalankan berdasarkan empat bahagian, iaitu merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Perkahwinan tersebut dianggap tidak sah sekiranya perkahwinan tersebut dijalankan tanpa mengikut aturan.

Proses Perkahwinan
1.) Adat merisik 
     Proses pertama yang dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihayati. Caranya dijalankan oleh ibu bapa pihak lelaki. Biasanya, mereka akan bertanya dengan kenalan dan rakan yang mengenali keluarga gadis tersebut. Sesetengah masyarakat Cina suka berbincang di restoran-restoran bersama dengan saudara-mara. Tradisi makan bersama ini dianggap penting kerana dapat mengeratkan hubungan kedua-dua keluarga. Mereka akan mempersoalkan perkara-perkara umum kerana terlalu mengambil berat nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku gadis tersebut.

2.) Adat meminang 
Wakil lelaki akan dipilih untuk berbincang dengan ibu pengantin perempuan tentang hal-hal perkahwinan. Pihak lelaki tidak akan tawar-menawar kerana tindakan tersebut akan menjatuhkan maruah mereka. Selepas itu, ibu bapa lelaki akan berbincang dengan anak mereka supaya dapat menyediakan segala permintaan pihak perempuan.

3.) Adat bertunang 
Hari pertunangan akan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran pasangan tersebut. Lazimnya, perkhidmatan tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh berpandukan kepada Toong-Su. Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah gadis tersebut untuk menunaikan segala permintaan. Kemudian, upacara bertukar cincin akan dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Gadis tersebut akan menyerahkan nyen-sang yang ditulis nama, umur dan tarikh lahirnya sebagai bukti persetujuan. Selepas penghitungan hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang, tukang tilik akan membuat ramalan dan menyediakan dua keping Nyik-Kor yang mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat serta memberikan kertas tersebut kepada kedua pasangan.
Hadiah besar juga diberikan kepada pihak perempuan pada hari pertunangan. Sebelum hari perkahwinan, keluarga pihak perempuan perlu menghantarkan hantaran kepada pihak lelaki atau rumah baru pasangan tersebut. Akhirnya, majlis perkahwinan dijalankan.

4.) Majlis perkahwinan

Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan. Selepas itu, pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Kemudian, mereka akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk menjalankan upacara memimum teh. Pada sebelah malam, barulah jamuan makanan diadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, dewan atau restoran. Pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan, iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Upacara Perkahwinan
1)  Upacara Menghias Rambut Pengantin Perempuan
•Dihias oleh wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik, bersama-sama wanita yang masih mempunyai keluarga.
•Mengucapkan kata-kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan.

2)  Upacara menutup pengantin lelaki
•Dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki
•bapa pengantin meletakkan topi di atas kepala pengantin lelaki. 
•Pengantin lelaki akan membawa tandu.

3)  Upacara Permainan Pintu 
•Menggambarkan kecantikkan pengantin perempuan dan keluarga serta kawan-kawannya enggan berpisah dengannya.

4)  Upacara Minum Teh 
•Di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin akan melutut sebanyak tiga kali 
•Pengantin perempuan memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara-mara mengikut pangkat. 
•Orang yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah kepada pengantin perempuan.

5)  Upacara minum arak pada malam perkahwinan
•Dua cawan yang diikat bersama oleh tali berwarna merah dan menyilangkan tangan sesama mereka.


Hidangan-hidangan Majlis Perkahwinan

Peraturan 
Pada hari perkahwinan, masyarakat Cina dilarang memakai baju yang berwarna hitam, biru dan kelabu. Hal ini kerana warna-warna tersebut dianggap mencacatkan majlis perkahwinan, bernasib malang, melambangkan kematian serta kesedihan.

Sebagai isteri, mereka harus terikat dengan keluarga suami dan mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan. Mereka dilarang keluar dari rumah tanpa keizinan suami. Mereka juga perlu melayan suami dan menjaganya walaupun sakit.

Sebagai suami, mereka berhak terhadap isterinya dengan larangan tertentu. Suami boleh menceraikan isterinya sekiranya isteri tidak dapat melahirkan anak lelaki yang dikehendaki, perlakuannya sumbang dan sebagainya kecuali isterinya tiada keluarga atau rumah untuk dituju, menjadi kaya selepas berkahwin dan lain-lain.

Pakaian

1. Cheongsam

  • Disulam dengan benang emas dan perak
    • Cheongsam juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix.

    2. Samfu

    • Dipakai oleh pengantin lelaki.
    • Baju yang longgar , terbelah di depan, berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar atau kain longgar.   
    2.